KEPENTINGAN PERMAINAN LUAR KELAS

 

KESERONOKAN

Melalui permainan diluar kelas,kanak-kanak akan merasai keseronokan yang tersendiri. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan bersama kawan-kawan di sekolah membuatkan mereka lebih bergembira berbanding bermain sendirian di rumah. Kawalan daripada guru-guru akan membuatkan kanak-kanak berasa dijaga dan sentiasa dilindungi.

 

DAYA KREATIVITI

Melalui permainan diluar kelas, kanak-kanak mampu untuk memperkembangkan lagi dayakreativiti mereka. Halinikerana,kanak-kanak diberipeluang untuk untuk menerokai sesuatu perubahan di mana mereka akan mencipta suatu idea dalam mereka cipta sesuatu barang tanpahad. Walaubagaimanapun, kanak-kanak perlulah diberikan bimbingan oleh guru-guru agar hasil kerja mereka menjadi. Tugas dan peranan guru juga amatlah penting dalam membimbing setiap ciptaan kanak-kanak . Ganjaran secara material ataupun tidak material merupakan salah satu asset penting bagi seorang guru kepada pelajarnya dalam masa membantu kanak-kanak meningkatkan kreativiti mereka sendiri.

 

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Melalui permainan di luar kelas,kanak-kanak berpeluang untuk meningkatkan lagi tahap perkembangan fizikal mereka secara aktif. Iajuga merupakan satu saluran yang dapata mengeluarkan tenaga yang berlebihan dimana apabila disimpan iaakan menyebabkan kanak-kanaktegang, gementar,meragam, dan terlalu aktif. Permainan diluar kelas juga dapat meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang. Menurut Siti Farah Idayu (2009), tumbesaran kanak-kanak lima tahun adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang.

 

Selain itu, mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di ‘monkey bar’  dan menggunakan ‘walking turtle’. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Seterusnya, mereka suka melakukan lompat tali atau ‘skipping’, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Di samping itu, mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian serta boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu, garfu dan alatan dengan betul di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa (Abi 2009).

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Permainan diluar kelas membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebabkan oleh halangan daripada persekitaran terhadap tingkahlaku mereka. Melalui permainan bersama-sama kawan-kawan mereka yang lain, mereka mampu belajar bagaimana untuk mengadakan perhubungan social dan juga menyelesaikan masalah social apabila berlaku. Selain itu,  kanak-kanak juga dapat belajar menjadi pemimpin dan pengikut di samping belajar bekerjasama serta bertolak ansur.

 

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Permainan membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek seperti memahami konsep pramatematik, belajar tip permainan berperaturan. Contohnya permainan seperti catur dan sebagainya. Menurut Addison (2005), kanak-kanak pada umur dua hingga lima tahun mempelajari sesuatu itu melalui contoh perlakuan yang ditiru melalui orang di sekelilingnya. Beliau juga berpendapat bahawa kanak-kanak pada umur tersebut akan belajar sesuatu itu jika ibu bapa atau orang di sekelilingnya sentiasa memberi galakan dan dorongan. Contohnya membuang sampah ke dalam tong sampah. Kanak-kanak akan mengamalkan membuang sampah di dalam tong sampah setelah melihat dan disuruh oleh ibu bapa mereka.  Menurut Zulkifli (2007),  pada umur sebegini perkembangan kemahiran bercakap dan penggunaan bahasa kanak-kanak serta menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah penting bagi diri mereka. Mereka akan bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Selain itu, mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka pada usia sebegini semakin panjang membolehkan mereka mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Perkembangan lain yang ditunjukkan adalah mereka sudah mula mempelajari huruf dan perkataan. Kebiasaannya pada umur 6 tahun, kanak-kanak tersebut sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

By sour pluss!!!

Leave a comment